Skip to main content

Sukan Lain

Sajjad Buat Hal Di Olimpik Paris

astro-gempak-sajjad-buat-hal.jpg

Judoka asal Iraq, Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di sukan Olimpik Paris, Agensi Ujian Antarabangsa (ITA) mengumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

ITA menjelaskan bahawa Sajjad diuji positif menggunakan steroid terlarang, metandienone dan boldenone dalam ujian di luar pertandingan pada Selasa.

Akibatnya, atlet berusia 28 tahun itu dilarang daripada bertanding, melatih, mengendalikan latihan, atau mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti semasa Sukan Olimpik Paris 2024.

Sehen sepatutnya bersaing dalam acara 81 kilogram pada Selasa.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement