Skip to main content

Viral

Sakit Perut, Zizi Kirana Masuk Hospital

dfad9464-7d24-44ee-ae11-9680d85a14fc.jpeg

“Zizi bekerja tanpa henti selepas sektor industri kreatif aktif semula sejak 9 September lalu. Sehari selepas mendirikan rumah tangga pun, dia terus sambung kerja.

“Selasa lalu, dia ada maklumkan tak sihat dan sakit perut. Saya dapat tahu dia kemudian ke hospital pada hari itu untuk buat pemeriksaan lanjut sebelum dimasukkan ke wad,” katanya seperti yang dipetik.

Kata Farah, dia juga tidak mengetahui punca sebenar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu dimasukkan ke hospital.

"Berdasarkan apa yang kami sembang, dia memang penat sebab kerja tanpa henti. Tapi kalau ada penyakit lain didiagnosis doktor, saya tak tahu.

“Kelmarin, dia sempat hantar mesej dalam WhatsApp, beritahu yang dia risau dan rasa ralat tak boleh buat persembahan sekali gus menyusahkan penganjur ABPBH,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo Online

Must-Watch Video

Advertisement