Penceramah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini susulan kenyataannya mengetai perarakan Thaipusam baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan di platform media sosialnya, Ustaz Wadi mengatakan beliau terlepas pandang apabila menyebut perkataan 'sembah syaitan' dalam salah satu ceramahnya di Melaka pada 10 Februari lalu.
"Di dalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang di dalamnya ada sekumpulan orang Melayu Islam yang menyertai perarakan tersebut.
“Lalu saya menyatakan bahawa ajaran agama Islam tidak membenarkan orang Islam untuk menyertai perayaan yang berbentuk agama tersebut,” katanya dalam permohonan maaf berkenaan.
Viral
Salah Cakap 'Sembah Syaitan' Ketika Ulas Fasal Thaipusam, Ustaz Wadi Annuar Mohon Maaf