Skip to main content

Viral

Samsons Menguntai Nostalgia, Konsert 20 Tahun Meriah Biar Baru Seminggu Berhari Raya!

sekadar-gambar-hiasan-2023-04-30t153427-598.png

"Ini adalah sebuah perayaan, perayaan 20 tahun Samsons bersama peminat di Malaysia. Kami mahu ajak semua bernostalgia dengan lagu-lagu kami," demikian pentas konsert Samsons 20th Anniversary anjuran Ultimate Film dibuka seawal pukul 8.40 malam di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Adrian Martadinata yang kini meneraju vokal Samsons tampil santai, mengenakan celana kargo berona tanah dipadankan dengan kemeja-t rasmi Samsons selesa menyapa audiens.

'Perayaan' 20 tahun peminat Samsons di Malaysia itu diraikan penuh teruja. Pentas dibuka dengan lagu hits Kisah Tak Sempurna, Akhir Rasa Ini dan Kehadiranmu. Bernyanyi sama, itulah yang mengasyikkan tentang lagu-lagu yang Samsons yang berkait rapat dengan kisah hidup peminat-peminat mereka.

Kadang-kala gitarisnya, Irfan Aulia menyapa audiens. Bercanda, melepaskan rasa tegang dalam lirik-lirik galau Samsons.

"Menjadi kehormatan buat Samsons untuk dihadiri teman-teman dari Malaysia. Ini kali pertama Samsons kembali dengan formasi baharu bersama Adrian.

"Kami masih tak percaya masih boleh berkarya hingga kini. Tak percaya masih mampu sampai di sini bersama kalian dan terharu pendengar setianya masih ada. Terima kasih," utus Irfan.

Untaian lagu-lagu Samsons diteruskan dengan dua lagu baharu yang dicipta bersama Adrian; Rayu dan Rasa Yang Salah. Kemudian disusuli dengan lagu yang pernah dicipta oleh Adrian buat penyanyi bervokal mantap, Anuar Zain berjudul Ajari Aku.

Kali ini bezanya dibawakan bersama band dalam versi Samsons yang lebih rancak, namun masih menyampaikan makna yang sama tentang lagu itu.
 

Must-Watch Video

Advertisement