Menurut Sarimah, 46, dia sentiasa fokus memperbaiki diri untuk menjadi pelakon dan pengacara yang bagus.
“Training. Belajar. Mencuba. Susah senang turun naik, kena bangkit dan teruskan. I'm still learning.
Dalam pada itu, Sarimah yang hits dengan single Kini Kau Tiada itu turut menitipkan pesanan buat bakat baharu agar terus fokus memberikan yang terbaik ketika bekerja.
Malah, Sarimah turut menegaskan setiap anak seni tidak perlu terlalu merendah diri sehingga membuka ruang untuk dibuli.
“Pada pelakon dan penghibur baru, fokus pada kerja, fokus berlakon dan memberi terbaik.
“Abaikan distraction kepada usaha dan kejayaan. Abaikan sesiapa yg bersikap toxic dan 'terpaling bagus'.
“Tidak ada yang sentiasa bagus atau terbaik, kerana dunia seni sentiasa berubah, bertukar, kedepan dan sentiasa evolve.