Skip to main content

Trend Pasaran

Satu Keluarga Didakwa Terlibat Ketagihan Gam? Netizen Zahir Simpati: "Hisap Gam Sebab Nak Tahan Lapar"

your-paragraph-text-(78).jpg

Apa yang lebih membimbangkan adalah apabila gam yang dihidu boleh didapati secara mudah kerana ia terjual di kedai-kedai serbaneka.

Hal yang lebih kurang sama dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi X mengenai satu keluarga yang didakwa terlibat dalam ketagihan menghidu gam.

"Satu keluarga terbang ke bulan. Sisi gelap Sabah," tulis pengguna itu.
 



Melihat kepada keadaan berkenaan, rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap situasi keluarga itu.

"Kasihan lah hisap gam sebab nak tahan lapar,"

"Kasihan dekat anak-anak kalau macam ni,"

 


"Sedihnya."

"Bila sekeluarga begini, sah-sah sebab tak mampu nak beli alas perut...

Selain itu, ada juga yang menyatakan sebab di sebalik ketagihan berikut adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarga tersebut.

BERITA TRENDING: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

"Alasan mereka ni hisap gam sebab nak cari makan susah, beli makan mahal, beli gam harga 50 sen. Bila hisap tak fikir lapar sebab dah high,"

"Bila sekeluarga begini, sah-sah sebab tak mampu nak beli alas perut,"

"Kemiskinan dan tak dipelihara dengan baik penyebab utama anak-anak ni  semua jadi macam ni. Ya Allah sedihnya."

​BERITA TRENDING: Minum Ubat Batuk Cap Ibu & Anak Untuk Jaga Vokal, Perkongsian Zayn Malik Curi Perhatian Netizen Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, entri itu meraih hampir satu juta tontonan dan lebih 3,000 tanda suka di Platform X.

Must-Watch Video

Advertisement