Pelakon Shah Iskandar menjelaskan bahawa dia mempunyai permit perjalanan yang sah untuk merentas negeri sewaktu pulang ke kampung mentuanya di Pulau Pinang ketika sambutan Aidilfitri.
Menurut Shah, dia pulang ke kampung isterinya itu pada 19 Mei lalu kerana hal kecemasan apabila perlu membawa bapa mentuanya ke hospital.
"Saya merentas negeri pada 19 Mei lagi atas permit kecemasan. Bukan merentas secara tidak sah. Saya kena bawa bapa mentua ke hospital sebab tak ada orang boleh memandu. Ada hal kecemasan kakinya bengkak.
"Permit balik Kuala Lumpur semula pun saya mohon di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, isterinya, Siti Sarah Mohd. Noor memuat naik gambar meraikan hari lebaran bersama ahli keluarganya.
Berita Tempatan
"Saya Ada Permit Perjalanan" - Shah Iskandar Balik Beraya Rentas Negeri, Ini Penjelasannya...