Gara-gara memaafkan kesalahan suami selepas dikasari, netizen mula menyamakan YouTuber masakan popular S. Pavithra dengan pelakon Bella Astillah.
Ini kerana, netizen mendakwa perbuatan kedua-dua individu itu tidak jauh beza apabila sanggup menerima kekhilafan suami.
Bahkan, ada yang melabelkan Pavithra sebagai 'Bella Astilla 2.0'
Tindakan netizen itu kemudian membuatkan isteri pelakon dan penyanyi Aliff Aziz itu bersuara.
Menurut Bella, dia berasa terkilan dengan sikap segelintir netizen yang cepat menghukum atas tindakan dan keputusan yang dibuat seseorang.
"Korang ni sibuk betul pasal Pavithra dan samakan dia dengan kita kononnya dia Bella Astillah 2.0?
"Hanya kerana dia pilih untuk maafkan suami dia? Anda nak dia buat keputusan yang macam mana? Bercerai terus? Tak perlu fikir pasal anak-anak? Pasal rumah tangga? Pasal keluarga?," katanya.
Menurut Bella, setiap kuputusan yang dibuat oleh pasangan suami isteri apabila berdepan dengan satu-satu konflik itu bukanlah sesuatu yang mudah.
"Bukan senang nak buat keputusan. Perkahwinan bukan macam main masak-masak, melibatkan keluarga. Anda semua nak mereka bercerai?
"Lepas tu baru korang nak bersorak? Tak faham apa yang netizen nak. Bila orang bergaduh suruh fikir tentang kebaikan pasangan dan anak-anak, tapi bila orang dah berbaik pula suruh bercerai?" luahnya menerusi ciapan di Twitter miliknya.
Korang ni sibuk betul pasal Pavithra.
And samakan dia dgn kita kononnya dia Bella Astillah 2.0?
Just because she chose to maafkan suami dia? Korang nak dia buat keputusan yang mcm mana? Bercerai terus?Tak payah fikir pasal anak2? Pasal rumahtangga? Pasal keluarga?