Skip to main content

Berita Tempatan

"Saya Dah Jadi Ketagih Shopping Online" - Anzalna Nasir Nak Membeli Setiap Hari!

anzaklna.jpg

Sejak pandemik Covid-19, kita semua hidup dengan norma baharu. Bahkan gaya hidup sedikit demi sedikit juga mula berubah, termasuklah pemilihan cara pembelian barangan keperluan.
 
Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang memilih untuk membeli secara dalam talian sahaja demi mengurangkan risiko jangkitan.
 
Begitu juga yang dilakukan pelakon Anzalna Nasir apabila mula cenderung  melakukan pembelian barangan peribadi dan keperluan secara online sahaja.
 
Namun, menurut Anzalna, situasi itu kemudian mula membimbangkan apabila merasakan dirinya seolah-olah mula 'ketagih' dengan cara norma baharu itu.
 
"Saya suka berbelanja, tapi sejak Covid-19, kebanyakan semua beli online! Masalahnya, sekarang ini setiap hari ada sahaja barang nak beli.
 
"Saya dah jadi ketagih membeli-belah secara online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah!," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
 
Dalam posting tersebut, Anzalna turut memuat naik video yang memaparkan antara parcel yang baru diterimanya.

Must-Watch Video

Advertisement