Tular di aplikasi TikTok, penampilan pelakon hebat Puteri Balqis berjaya meraih perhatian ramai kerana perubahan dirinya yang kini sudah menganjak dewasa.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Puteri Balqis, atau lebih mesra disapa Aqish, tampil berpakaian serba hitam dan memperlihatkan sisi garangnya, sekali gus memukau pandangan netizen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pendapat bahawa penampilan pelakon itu menyerupai pelakon antarabangsa, Megan Fox.
Kebanyakan netizen bersetuju dengan pandangan tersebut, sehingga Aqish diberikan gelaran sebagai ‘Megan Fox Malaysia’.
Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat bahawa wajah dan gaya Aqish sesuai untuk digambarkan sebagai kembar kepada pelakon Aedy Ashraf.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
