Pelakon Shah Iskandar meluahkan rasa teruja apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya, Siti Sarah Mohd. Noor kini disahkan mengandung anak sulung mereka.
Menurut Shah, mengikut jangkaan doktor, dia bakal menerima kehadiran cahaya mata sulungnya itu pada Oktober ini setelah lebih empat tahun menunggu zuriat selepas berkahwin.
"Apabila pergi buat pemeriksaan dengan doktor, rasa nak tunggu keputusan pengesahan tu, gementarnya lain macam. Rasa berderau tu level bawah sikit je sewaktu ketika nak nikah.
"Waktu dapat tahu tu pun rasa macam betul ke ni? Tertanya sendiri juga sama ada saya ni dah betul-betul bersedia ke.. ye lah nak ada anak sendiri. Pada masa sama, memang teruja," katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, Shah menerusi satu entri di Instagram berkongsi berita gembira memaklumkan isterinya kini sedang berbadan dua.
Perkara itu dikongsikan Shah menerusi dedikasi ucapan sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya dengan menyifatkan tahun terakhir mereka sebagai 'bujang'.
Berita Tempatan
"Saya Jadi Terlebih Manja Dengan Isteri" - Shah Iskandar Teruja Nak Sambut Baby Oktober Depan