Masih tinggal dengan mentua sejak mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tidak pernah berdepan dengan sebarang pengalaman yang kurang baik sehingga ke hari ini.
Pelantun lagu Parah Parah itu berkata, sepanjang tinggal dengan ibu dan bapa mentua, dia dilayan dengan baik selain tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak.
“Ada pro dan con apabila tinggal dengan mentua ni. Orang lain saya tidak pasti, tetapi bagi saya, saya memang suka tinggal bersama mentua.
“Ibu Nabil dan saya memang sekepala. Tambahan pula perangai sama iaitu kami tak masak. Kalau dia nampak saya ada di dapur, dia akan cakap buat apa kat dapur ni? Katanya kalau nak kemas-kemas tak perlu, sebab kami dah ada pembantu.
“Itu merupakan pengalaman saya, jadi orang lain mungkin ada pengalaman yang berbeza,” katanya kepada Gempak.
Viral
“Saya Memang Suka Tinggal Dengan Mentua… Kami Sekepala” - Ayda Jebat