Skip to main content

Viral

"Saya Minta Maaf, Banyak Dugaan Sampai Tak Boleh .." - Amylea

amylea-header.png

Penyanyi Amylea Azizan akhirnya melancarkan lagu Melepaskanmu yang sudah diperam setahun sejak Mac 2021.

Memohon maaf atas kelambatan itu, kata Amylea, terlalu banyak dugaan yang dilaluinya sekali gus mengganggu kelancaran proses lagu terbabit.

"Lagu ini dijadualkan keluar pada Mac tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah industri kreatif mula dibenarkan beroperasi semula. 

"Penulisan dan rakaman lagu ini pada tahun lepas dan semuanya sudah ‘backdated’ sebenarnya jadi lagu ini kita boleh katakan sebagai ‘flashback’ atau ‘throwback’ apa yang saya tulis berkenaan perasaan saya tahun lepas.

"Sebab tahun ini saya sudah sediakan lagu lain yang berbeza ‘mood’ dan ‘vibe’. Saya mohon maaf kepada peminat dan pendengar yang sukakan lagu daripada saya kerana perlu menunggu terlalu lama. Banyak sangat dugaan tahun lepas sampai tak boleh nak keluarkan lagu. 

"Jadi apa yang boleh dikatakan, lagu Melepaskanmu adalah ‘opening act’ untuk beberapa lagi lagu yang saya tak sabar nak keluarkan. Jadi saya harap penggemar muzik Malaysia boleh memberikan sokongan kepada saya selepas lagu Kendati tahun lepas," katanya.
 

Must-Watch Video

Advertisement