Abang kepada penyanyi popular, Muhammad Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi keadaan adiknya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada Khamis.
Mengakui sedih dengan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menolak representasi dikemukakan Yasin, Zain berkata, walau apa keputusannya, mereka akan terus berada bersama penyanyi dan komposer itu.
Namun, tegas Zain, apa yang membimbangkannya ialah keadaan kesihatan adiknya sehinggakan berat badannya semakin menyusut.
"Rasa sedih itu memang ada tapi itu lumrah hidup. Kita akan terus berada bersama Yasin, terus berdoa. Insya-Allah.
"Cuma saya amat risau dengan kesihatan dia. Saya peluk dia pagi tadi, tinggal tulang…” katanya menerusi video dimuat naik Sumber TV pada Khamis.
Viral
"Saya Peluk Dia, Tinggal Tulang" - Abang Bimbang Keadaan Kesihatan Yasin Sulaiman