Skip to main content

Viral

"Saya Perlu Minum 2 Cawan Kopi Sebelum ..." - Atikah Suhaime

sekadar-gambar-hiasan-2023-04-13t121521-415.png

Pelakon Atikah Suhaime mendedahkan dia perlu meminum dua cawan kopi sebelum melakonkan watak Sharifah Azreen dalam drama popular Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah.

Jelas Atikah, hal itu disebabkan tenaga luar biasa watak terbabit yang perlu disalurkan dalam setiap babak lakonannya.

"Demi nak keep up dengan tenaga Azreen ni saya harus minum dua cawan kopi setiap kali nak berlakon jadi dia (Azreen).

"Tapi sejujurnya, saya seronok dapat lakonkan watak Azreen ini.

"Azreen seorang yang muda dan banyak tenaga. Saya pula sejenis orang yang introvert jadi bila nak bawa watak Azreen, saya kena extrovert dan vavavoom. 

"Azreen seorang yang jenis main cakap je. Very extra dan over. Melakonkan watak ini, saya perlukan banyak tenaga untuk setiap adegan," kongsi Atikah.
 

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan dia juga anak kepada seorang tokoh korporat. Aizril sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.

Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?
 

Must-Watch Video

Advertisement