Skip to main content

Berita Tempatan

“Saya Tak Nak Minta Ampun, Saya Minta Hukum Gantung Sampai Mati Sahaja. Terima Kasih” – Lelaki Bunuh Teman Lelaki Isteri

astro-gempak-kekal-hukuman-mati.jpg

Didakwa membunuh teman lelaki isterinya 11 tahun lalu, seorang warga Singapura memohon supaya Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Quah Tee Keon, 56, yang turut didakwa mencederakan isterinya dengan menikam wanita itu dengan mengetahui tindakannya boleh menyebabkan kematian menarik balik permohonan semakan hukuman gantung tersebut.

Barisan panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah kemudian membuat keputusan membatalkan permohonan semakan itu sekali gus mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap lelaki itu.

Quah yang diwakili peguam Bernard George ditahan selepas menyerah diri kepada polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013.

Berdasarkan fakta kes, dia membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang yang juga warga China di sebuah kediaman di Taman Mawar Indah, Triang, Bera, Pahang kira-kira jam 3.30 pagi, 13 Oktober 2013.

Dia turut mencederakan isterinya menggunakan pisau sehingga menyebabkan wanita itu mengalami pelbagai kecederaan pada bahagian leher, tangan dan belakang badan di lokasi dan waktu sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement