Menurut Scha, dia mahu memastikan kehidupan peribadinya tidak menjadi tatapan umum, lebih-lebih lagi dalam dunia yang penuh dengan ‘penyondol’.
Pelakon meningkat naik itu turut mengakui dirinya kini lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya dan kehidupan sendiri.
“Saya akan lebih menjaga privasi selepas ini. Apa sahaja yang saya suka, saya akan pastikan ia ‘private’.
Selain menjaga privasi, Scha turut berpegang pada prinsip ‘date to marry’, di mana dia hanya mahu menjalinkan hubungan dengan seseorang yang serius.
Scha juga tidak terdesak dalam mencari pasangan, sebaliknya lebih rela menunggu orang yang betul daripada terburu-buru membuat keputusan.
“Saya hanya ‘date to marry’. Saya tak mahu buang masa dan mahu tumpu pada kerja saja.
“Kepada lelaki yang datang hanya nak buang masa saya, lebih baik jangan sebab saya ada matlamat.