Skip to main content

Budaya Popular

Sebijik! Peminat Terkejut Tengok Penampilan Terkini Saharul Ridzwan – “Maaf, Mula-Mula Tengok Macam…”

astro_gempak_penampilan-terkini-saharul-ridzwan-curi-tumpuan.png

Menerusi perkongsian di Istagram (IG), Saharul memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang mempromosikan sebuah produk.

Dalam video berdurasi hampir 1 minit itu, Saharul atau atau nama lengkapnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim tampil dengan penampilan bersongkok dan berkaca mata.

Lebih menarik, pelakon drama Arluna itu turut menyarung baju kemeja bermotifkan batik.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah rata-rata netizen menyatakan penampilan Saharul itu persis pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim Elias.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menyifatkan wajah Saharul seakan sama dengan pendakwah bebas tersebut.

Perkongsian Saharul itu kini mencecah lebih 5,900 komen dan 14o komen.

Untuk rekod, Saharul mula memperlahankan rentak karier lakonannya apabila aktif mengikuti aktiviti berdakwah.

Must-Watch Video

Advertisement