Kumpulan lelaki sedang meningkat naik iaitu Alpha mengakui mereka masih di peringkat awal perjalanan seni dan sedar perbandingan antara industri K-Pop dan M-Pop masih belum setara ketika ini.
Menerusi perkongsian video di TikTok, juara Big Stage Alpha, Ariel, mereka menyedari jurang antara industri muzik Korea Selatan dan Malaysia sangat besar, namun mereka melihat perkara itu sebagai cabaran untuk terus maju.
“Kalau orang bandingkan K-Pop dan M-Pop, memang terlalu jauh sebenarnya. Tapi kami sendiri sedar dan ‘aware’ dengan kemampuan kami sekarang sebab kami baru nak bermula.
Pada masa sama, ketua kumpulan Alpha, Daniel Sher turut berkongsi salah satu sebab peminat menyokong mereka adalah kerana tertarik dengan cara mereka ‘bonding’ bersama ahli kumpulan yang lain serta perkembangan mereka dalam industri muzik di Malaysia.
“Kita semua manusia, kita tak dilahirkan sempurna. Kita akan berkembang dari masa ke masa. Dan pastinya, satu hari nanti kami nak bawa nama Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.