Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan sistem laman sesawang berfungsi dengan baik ketika membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua semalam (Rabu).
Daiyan menerusi laman sosial Twitternya mempersoalkan mengapa rakyat perlu melalui fasa yang sukar untuk mendaftar tempahan.
“Sedih dan kecewa. Kenapa sampai macam ni rakyat nak kena berebut vaksin? Bermacam-macam jenis penindasan nak kena hadap. Lepas satu, tambah lagi satu. Sampai bila, sejauh mana? Speechless. I cannot brain this anymore,” tulisnya.
sedih dan kecewa. kenapa sampai mcm ni rakyat nak kena berebut vaksin? bermacam-macam jenis penindasan nak kena hadap. lepas satu, tambah lagi satu. sampai bila, sejauh mana? speechless. i cannot brain this anymore.
Sehubungan itu CITF menjalankan siasatan bagi mencari punca gangguan teknikal yang menyebabkan laman web tergendala.
CITF turut menegaskan tindakan akan diambil kepada pihak yang terbabit demi kepentingan awam dan negara.
Daiyan, antara artis muda yang banyak memberikan sokongan dan galakan kepada generasi baru untuk melakukan suntikan vaksin demi membendung pandemik Covid-19.
Malah, sehari sebelum tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua dibuka Daiyan telah memuat naik hantaran di Instagram menggalakkan para pengikutnya untuk membuat pendaftaran.