Skip to main content

Viral

“Selama Dengan Kumpulan Raihan, Saya Tidak Pernah Senang Hati,” - Nazrey Johani

nazrey-raihan.jpg

Penyanyi nasyid, Nazrey Johani akhirnya mendedahkan sebab utama mengapa dia menarik diri daripada terus menganggotai kumpulan Raihan.
 
Menerusi satu video temu bual berkata, dia terpanggil untuk berdakwah di negeri kelahirannya di Sabah, selain sepanjang dia bergelar ahli anggota Raihan, hatinya tidak pernah tenang.
 
Nazrey menjelaskan dia juga merupakan seorang individu yang tidak pernah mengejar populariti dan menganggap kerjaya nyanyiannya itu sebagai satu pekerjaan semata-mata.
 
“Ada satu ketika, Ustaz Halim Abbas ada menghubungi saya untuk meminta saya buat dakwan di Sabah. Katanya tak ramai yang datang ke surau. Insya-Allah kalau saya di sini, akan ramai yang datang ke surau.
 
“Bila teringat kembali sebab utama saya masuk Islam, iaitu tidak mahu menjadi Islam hanya sekadar nama… oh yes, ini adalah perjuangan saya. Inilah masanya.
 
“Selama saya dengan kumpulan Raihan, saya tidak pernah senang hati.mKetika bepergian ke luar negara, saya tidak pernah terfikir yang saya pergi sebagai selebriti. Sebaliknya hanya memenuhi tuntutan kerja,” jelas Nazrey.

 

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Must-Watch Video

Advertisement