Berita Antarabangsa “Selama Ni Tengok Berita Je, Tup-Tup… “Dr Say Kongsi Pengalaman Pakai PPE, Jadi Frontliner Red Zone Mya Amri 22/04/2020 | 22:00 MYT Topik : Gonna Leave This Here Sy sering tertanya-tanya “macam mane the real situation kat luar sana? Betul ke keadaannya macam war zone? Betul ke pakai PPE tu panas gila? Ape rasanya jadi frontliner ni? Well, hari ni sy dapat experience kesemuanya! Sy ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur. Kalau kalian tengok berita arini, Pasar Borong ni ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera & polis, cukup menyeramkan. Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment). Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield. Kehangatannya ibarat anda duduk di dalam kereta yg dibiarkan di bawah panas terik sepanjang hari & anda hanya buka tingkap 1/5 tanpa aircond. Cukup panas & sesak! Atas sebab inilah masa yg dihadkan kepada mereka yg memakai PPE hanya 3 jam kerana jika dibiarkan lebih lama mungkin akan memudaratkan. Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yg nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel. Bayangkan selama ni kita tengok & dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yg mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang? Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak & bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? Nauzubillahiminzalik Akan tetapi sy sangat bertuah dikelilingi team yg cukup supportive & helpful. 1st time sy nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. Kecuakan sy tadi terus bertukar semangat. Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice i can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps. Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yg sy experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps! A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on Apr 21, 2020 at 5:03am PDT Topik Berkaitan #Dr. Say #COVID-19 Must-Watch Video Read more