Skip to main content

Budaya Popular

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

astrogempak_bcl.png

 


BCL juga menzahirkan rasa syukur atas kenangan yang telah dibina bersama dengan arwah suaminya itu.


“Apa yang boleh saya katakan ialah terima kasih. Terima kasih untuk semua momen indah, semua perjuangan yang kita lalui.


“Kegembiraan dan air mata yang dikongsikan bersama. Terima kasih untuk semua kenangan yang kita ada bersama,” katanya.


Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair telah melangsungkan perkahwinan pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noh Aidan Sinclair, 13.


Ashraf bagaimanapun meninggal dunia ketika tidur akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.


Selepas empat tahun, BCL kemudianya telah berkahwin buat kali kedua ngan Tiko Aryawardhana yang merupakan ahli perniagaan pada 3 Disember 2024.

Must-Watch Video

Advertisement