Pada Selasa lalu, pakar bedah asal Malaysia, Dr Amalina Che Bakri mengumumkan kelahiran anak perempuannya, Arabella Mia.
Menerusi kemas kini di Instagram, Dr Amalina melahirkan rasa gembira dan memberitahu bahawa Arabella dilahirkan pada minggu lepas di Hospital St Thomas, London.
Ramai yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Dr Amalina dan suami atas kelahiran bayi sulung mereka termasuk usahawan Vivy Yusof, Ratu Skuash Negara, Datuk Nicole David dan selebriti Catriona Ross.
Terbaharu, gambar Arabella sekali lagi dihujani dengan respons positif netizen selepas Dr Amalina memuat naik gambar puterinya ketika mereka keluar bersiar-siar di kota London.
Viral
Selepas 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Anak Jalan-Jalan… Ramai Puji Bella Cute!