Penyanyi Haqiem Rusli ‘terbang’ ke negara Turki membawa isteri, Anis Sofea berbulan madu buat pertama kalinya.
Menerusi laman sosial Instagram, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 24, memuat naik momen mereka berdua ketika bersiar-siar di bandar Istanbul untuk tatapan umum.
“Bulan madu pertama kami,” tulis Haqiem di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Haqiem dan Anis atau nama lengkapnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 20, mengenakan pakaian sedondon berwarna putih.
Viral
Selepas 6 Bulan Berkahwin, Haqiem Rusli Bawa Isteri Bulan Madu Di Turki - “Justin & Hailey Bieber Malaysia”