Kongsi Najwa, pada awalnya dia tidak sedar dirinya berbadan dua dan hanya ambil suplemen untuk mengurangkan berat badan saja.
“Tapi lepas gugur, doktor ada recommend ambil supplement apa patut untuk Wawa and Akwa.
Najwa berkata demikian apabila menjawab persoalan peminat menerusi sesi soal jawab di Instagram Stories.
Terdahulu, Najwa memaklumkan dia keguguran pada kehamilan pertamanya.
Najwa bagaimanapun reda selain bersyukur apabila diberi kesempatan merasai pengalaman hamil biarpun kandungannya baru berusia lima minggu.
Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.