Skip to main content

Budaya Popular

Semakin Kurus & Dipuji Cantik Seperti Marian Rivera, Bella Dowanna Nafi ‘Cengkung’ Sebab Putus Cinta - “Tak Broken Pun, Memang…”

astrogempak_bella-cengkung-bukan-sebab-putus-cinta.png

Perubahan imej terkini pelakon Bella Dowanna yang dilihat sudah semakin kurus dan langsing berbanding sebelum ini menerima pujian daripada netizen di laman sosial.

Pemilik nama Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, 21, memuat naik sepotong video pendek memaparkan dia sedang 'ber-ootd' mengenakan sepasang jacket dan skirt berona coklat.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berkata Bella kelihatan semakin kurus dan cantik selain dilihatkan seperti pelakon terkenal Filipina Marian Rivera.

 

Malah, aktres itu sempat membalas komen seorang individu yang bertanyakan adakah dia kurus disebabkan putus cinta.

 

"Tak broken pun, memang cengkung (kurus).", tulis Bella

 

Terdahulu, Bella mendedahkan pernah menjadi mangsa 'body-shaming' disebabkan tubuh badannya yang sedikit besar.

 

Bella bagaiamanapun tidak mengambil hati mengenai komen tersebut kerana baginya yang lebih utama ada kesihatan yang baik.

@belladowanna

sebab suka lagu ni

♬ Dia Atau Diriku - UNGU

Must-Watch Video

Advertisement