Skip to main content

Viral

Semangat Makin Pulih, Hafidz Roshdi Mahu Kembali Bekerja, Cari Rezeki Halal - "Demi Tanggungjawab Sebagai Abah Kepada ..."

sekadar-gambar-hiasan-2023-05-14t095213-978.png

Pelakon Hafidz Roshdi yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga bersama Nurul Shuhada Shukri memohon diberikan ruang untuk mencari rezeki dalam industri seni tempatan.



Jelas Hafidz, tahap kesihatannya kini sudah semakin pulih, begitu juga dengan semangatnya.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media diatas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya dalam industri.

"Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Jaja Ishak, seorang penerbit yang saya hormati dan segani. 

"Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.

"Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah.

"Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian," ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Must-Watch Video

Advertisement