Pelakon, Sherry Ibrahim menjadi perhatian netizen selepas menitipkan kata-kata semangat buat aktor yang juga bekas kekasihnya, Fattah Amin.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, mendoakan semoga urusan Fattah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Dalam hantaran yang sama, Sherry berpesan Fattah harus tabah dalam melalui dugaan hidup ketika ini.