Berita Tempatan Semua Wasiat Kena Ikut Ke? Ini Penjelasan PU Syed ZULHILMI JALIL 02/07/2020 | 18:17 MYT Asalkan namanya WASIAT semua kena ikut ke? Wasiat secara mudahnya bermaksud pesanan, atau lebih sinonim dgn masyarakat kita pemberian harta kpd waris atau bukan waris selepas matinya pemberi wasiat Sedangkan wasiat juga boleh diluaskan lagi dgn bermaksud pesanan utk melakukan sesuatu atau neninggalkan sesuatu atau juga memberi dan menyerahkan sesuatu Wasiat berkuatkuasa setelah matinya pemberi wasiat, dan dalam tempoh itu, jika dia masih hidup, dia BERHAK sepenuhnya utk membatalkan wasiat tersebut Namun, jika setelah kematiannya, dan terdapat wasiat yg diberikan kpd waris dan waris itu pula yg berhak dan mempunyai kadar dalam FARAIDH, maka menguatkuasakan wasiat tersebut, mestilah dgn KEIZINAN waris² yg lain, namun sebaliknya, jika wasiat itu diberikan kpd bukan waris, maka perlu DILAKSANAKAN dgn tidak melebih 1/3 hartanya, jika diwasiatkan lebih, cthnya 1/2 harta diberikan, maka mestilah terlebih dahulu kena mendapat persetujuan waris² yg layak menerima faraidh Ini adalah asasnya, namun dlm kes di atas, hukum melaksanakan wasiat tersebut adalah HARUS utk diikuti jika rumah tersebut masih kekal boleh digunakan, dan tidak berbahaya kpd penghuninya, namun jika ahli waris tetap nak robohkan maka ianua tidaklah menjadi DOSA kerana harta2 tersebut bukan lagi milik pemberi wasiat, bahkan sudah menjadi harta pusaka Banyak cerita karut yg mengatakan ibu atau ayah dlm kubur akan merana atau akan jd malapetaka sebab tak ikut wasiat seumpama itu, maka toksahlah percaya Sekian sedikit pencerahan dr ambe Syed Bakri Al-Yahya #PusakaAtauPuaka #BiarTahuJanganDokTahu A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on Jul 1, 2020 at 6:07pm PDT Topik Berkaitan #PU Syed #Harta Pusaka #Wasiat Must-Watch Video Read more