Skip to main content

Viral

“Sepatutnya Arwah Nyanyi Lagu Saya…Tak Terfikir Akan Ada Pengganti Arwah Untuk Nyanyi Lagu Tu…” – Naim Daniel

naim-daniel-lagu-sarah.jpg

Penyanyi dan komposer muda Naim Daniel mengakui tidak terfikir mencari penyanyi lain menggantikan Allahyarham Siti Sarah untuk mendedangkan lagu ciptaannya.

Naim berkata, Allahyarham Siti Sarah ada meminta karya daripadanya tahun lalu selepas beberapa bulan lagu Sumpah menjuarai Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34.

Bagaimanapun hasrat dan impian Allahyarham untuk melancarkan lagu tersebut pada tahun ini tidak kesampaian.

"Arwah mesej saya di Instagram dan dia yang membahasakan diri sebagai kakak itu turut memuji karya ciptaan saya.

“Dia sempat bergurau dan kata dia nak semua lagu-lagu saya di pentas AJL. Jadi dia tanya bila demo boleh siap kerana nak lagu tu bertanding di AJL,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement