Skip to main content

Viral

Sharnaaz Tak Sangka Anak Minat Slipknot

jebat-slipnkot.jpg

Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan yang dia tidak menyangka anak lelaki kesayangannya, Jebat Jayden begitu meminati kumpulan heavy metal popular, Slipknot.

Sharnaaz berkata, dia mula perasan anaknya itu menggemari muzik sedemikian selepas menunjukkan minat untuk bermain alat muzik dram.

“Saya dapati minatnya menjurus ke arah alat muzik dram. Dan dia juga meminati Slipknot. Dia suka muzik… tapi muzik-muzik yang ganas.

“Saya pun tak tahu. Sebenarnya saya nak alihkan dia sikit daripada K-Pop, tapi ni dah macam jauh sangat dia bawa lari. Macam kalau dia dengar bunyi rock tu ok juga. Sekali dia bagi Slipknot kau,” kongsi Sharnaaz.
 

Must-Watch Video

Advertisement