Pengacara terkenal, Sherry Al-Hadad mendedahkan bahawa dirinya pernah dibuli ketika di bangku sekolah.
Sherry, 39 tahun itu, memberitahu dirinya pernah ditendang oleh seorang pelajar senior di sekolah tanpa ada sebab, hingga menyebabkannya jatuh masuk ke dalam longkang.
“Ini cerita sebenar ye, masa saya sekolah rendah dulu saya sering kali dibuli sebab kita agak comel masa itu. Kita bukan saja kena buli dengan pelajar senior.
Dedah Sherry, disebabkan dirinya seorang pendiam dan introvert, hal itu membuka ruang kepada pihak lain untuk mengambil kesempatan terhadapnya.
“Waktu itu saya seorang yang sangat introvert dan berjanji dengan diri saya bila dah masuk sekolah menengah, saya tidak membenarkan orang lain untuk membuli diri saya lagi.
“Jadi, bila ada orang yang cuba buli kita, kita lawan mereka dengan cara yang baik. Apa-apa pun kita sendiri yang kawal diri kita. Kau hormat aku dan aku hormat kau. Pada waktu itulah, saya dikenal sebagai gadis hip-hop”, jelasnya.
BERITA TRENDING: Jennifer Coppen Sebak Ustaz Derry Sulaiman Ajak Laksanakan Ibadah Umrah, Mahu Berangkat September Ini
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Netizen Turut Bersedih Aniq Kasdan Sebak Dalam Temubual Bersama Media Selepas Meraih Kedudukan Keempat Acara Angkat Berat
Untuk info, Sherry Al-Hadad merupakan pengacara untuk program terbaharu, TikTok Gimme The Mic Malaysia bersama Sean Lee.