Pelakon Shiqin Kamal mahu menjadikan pesohor Hollywood Angelina Jolie sebagai inspirasi dalam dunia seni.
Tidak menjadi hal sekiranya diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia, Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 31, juga bersedia seandainya diberikan tawaran untuk naskhah filem atau drama aksi.
"Saya sebenarnya nak jadi Angelina Jolie Malaysia. Saya nak buat stunt sendiri macam Angelina dalam filem Salt. Mungkin di Malaysia tak ada atau tak ramai lagi pelakon wanita yang boleh melakukan stunt sendiri, jadi baik saya tonjolkan diri.
"Tapi kalau jauh sangat, saya nak jadi Hairul Azreen versi perempuan. Sebab itu saya mula masuk kelas Muay Thai Boxing dan kelas menunggang kuda.
"Just incase, kalau ada orang tawarkan untuk filem aksi atau epik. Selain itu, saya nak belajar main pedang dan ambil lesen skuba," katanya kepada Gempak.
Pelakon filem Ada Hantu itu ditemui ketika acara Fitness Champ yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Shiqin turut memenangi pingat pertama dalam pertandingan Fight Like A Girl yang diadakan di acara tersebut.
Viral
Shiqin Kamal Nak Jadi Angelina Jolie Malaysia, Makin Aktif Bertinju & Tunggang Kuda - "In Case Kalau Ada Orang ..."