Skip to main content

Trend Pasaran

Sikap Ambil Berat Seorang Abang Kepada Adiknya Pada Hari Pertama Persekolahan Raih Perhatian Netizen

untitled-design-(79)_1.jpg

Sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025 bermula pada Isnin.

Oleh itu, sudah tentu sekolah-sekolah yang baru sahaja dibuka dipenuhi dengan pelbagai gelagat kanak-kanak yang baru sahaja menjejakkan kaki ke alam pembelajaran formal.

Hal yang sama turut dilalui oleh dua beradik ini yang dapat disaksikan menerusi perkongsian si ibu menerusi platform TikTok.

Menerusi perkongsian berkenaan, si ibu menyatakan dirinya terharu melihat interaksi kedua-dua anaknya ketika hari pertama persekolahan.

“Hari pertama sekolah cikgu bagi ibu bapa datang masa rehat untuk tengok gelagat anak-anak darjah satu masa makan, dan tiba-tiba saya nampak ni… Hati saya tersentuh,” tulis wanita itu di ruangan kapsyen.

Must-Watch Video

Advertisement