Skip to main content

Sukan Lain

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

astro_gempak_sinarena-2024-perlawanan-epik-sinar-astro-arena-vs-pemain-legenda-sultan-selangor.jpg

“Dengan kesempatan ini, mereka dapat melihat pemain kesayangan mereka beraksi di atas padang dengan corak permainan tersendiri.

“Selain itu, hubungan silaturahim juga dapat dieratkan dengan pemain legenda Selangor ini kerana jasa mereka mengharumkan nama pasukan Selangor sewaktu ketika dahulu tidak akan dilupakan buat penyokong setia.

“Saya mewakili pasukan SINARENA akui berbesar hati dan berbangga dapat menghimpunkan pemain legenda Selangor bermain di Stadium Merdeka.

“Kehadiran lebih 2,000 penonton ke stadium juga telah menghangatkan lagi suasana kerana perlawanan ini telah ditonton secara percuma oleh semua lapisan umur dan masyarakat.

“Diharapkan perlawanan seumpama ini dapat diteruskan dimasa akan datang dan pihak kami juga sentiasa terbuka dengan mana-mana pasukan ingin menganjurkan sebarang perlawanan bola sepak untuk kami sertai.

“Ini kerana sukan bola sepak antara sukan diminati dan terbukti berjaya menyatukan kaum di Malaysia,” jelasnya.

Jangan lupa, teruskan mendengar Stesen Radio SINAR yang menyajikan pelbagai segmen menarik antaranya Pagi diSinar, SINAR Solo, Duo SINAR dan Laguku di SINAR

 

Must-Watch Video

Advertisement