Skip to main content

Budaya Popular

Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton

whatsapp-image-2024-11-09-at-20-06-18.jpeg

Pelakon, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Siti Saleha atau lebih mesra disapa sebagai Sally secara mengejut semasa acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 pada Jumaat.


Bagaimanapun, tunangnya pula sedikit terkejut dengan pengumuman spontan Saleha dan tersenyum.

“Ya, saya juga terbuka mengenai perkara itu,” katanya.

Terdahulu, Saleha sebelum ini memperkenalkan kekasih berdarah kacukannya itu kepada umum pada Disember 2022.

Sebelum ini, Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.

Must-Watch Video

Advertisement