Skip to main content

Viral

Skuad Jerung Merah Dah Ada Single Terbaru, Sedapnya Suara Sofiaa Marieylla! - “Yang Kutuk Dulu Ada Apa?”

untitled-design-2021-10-11t123309-958.jpg

Kumpulan sensasi yang tular di platform TikTok, Skuad Jerung Merah kini tampil dengan single lagu tersendiri berjudul Akulah Jerung Merah. 

Menerusi laman sosial Instagram, ketua kumpulan Sofiaa Marieylla berkongsi sebuah video sedang merakamkan lagu tersebut di sebuah studio untuk tatapan umum. 

“Sepanjang dua tahun Sofia membina team #squadjerungmerah, banyak gila cabaran yang perit dan susah. 

“Now alhamdulillah jerung merah makin menyerlah hasil usaha keras selama ni. Yeay, excited untuk next projek. 

“Mummy masuk studio jap,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Difahamkan Sofiaa merupakan seorang bakat baru menerusi program ‘indie space station’ di bawah label muzik Rocketfuel Records. 

Berkongsi sedikit sedutan korus single terbarunya yang akan dilancarkan tidak lama lagi, ramai wargamaya memberikan pujian kepada suara Sofiaa yang lunak. 
 

Must-Watch Video

Advertisement