Ahli kumpulan Monyet Mafia, Ali telah disingkirkan di pentas suku akhir Super Spontan Superstar (SS Superstar) yang berlangsung pada malam Jumaat.
Lebih menyedihkan, Ali yang juga pelawak dari kumpulan Puteh itu terpaksa menamatkan perjalanannya sebelum bersanding dengan isterinya Melati Fitri Abdullah, 26, hari ini (Sabtu).
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 27, dan Melati telah diijabkabulkan pada 28 Mei lalu dan dijadualkan melangsungkan persandingan (sebelah pengantin lelaki) di Batu 10, Gombak.
Walaupun tersingkir, Ali dilihat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka dan telah mengucapkan terima kasih kepada produksi SS Superstar menerusi sebuah entri yang dimuatnaik di akaun Instagram (IG)nya selepas program tersebut tamat.
Rancangan Realiti
SS Superstar: Ali Puteh Tersingkir Sebelum Hari Persandingan