Terbaharu, suaminya yang juga penyanyi rap iaitu Akwa Ariffin berkongsi sebuah video yang memaparkan momen-momen ketika mereka melalui fasa kehilangan tersebut.
Menurut Akwa, dia menyifatkan masih belum ada rezeki buatnya dan Najwa untuk menimang cahaya mata.
Video berdurasi pendek tersebut memaparkan momen Najwa ditahan di wad serta menerima rawatan di hospital.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat mendoakan agar Najwa dan Akwa diberika kekuatan dan dikurniakan rezeki cahaya mata tidak lama lagi.
Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.