Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syura memaklumkan keadaan suaminya yang melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika Syura dan suami menginap di sebuah rumah di Perlis, Jumaat lalu.
“Awak lelaki yang sangat hebat yang pernah saya jumpa. Dalam menahan sakit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak.
“Semoga ini menjadi asbab pahala yang besar buat awak bie, saya akan selalu ada untuk awak..selamanya,” kongsinya.
Mohon Doa Kembali Sembuh
Dalam pada itu, pelantun lagu Ego itu turut memohon semua mendoakan suaminya agar kembali sembuh.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami saya dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah maha baik,” tutupnya.