Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mengumpul RM80 juta dari hasil kutipan tiket selepas 25 hari ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Perkara itu dimaklumkan pengarah Syamsul Yusof dalam entri terbaharu di laman Instagramnya pada Sabtu.
"Allahlah yang telah gerakkan hati kalian untuk membeli tiket tonton filem ini! SUJUD SYUKUR," tulisnya.
Dalam pada itu, Syamsul turut berkongsi coretannya mengenai kebangkitan industri filem Malaysia ketika ini.
"Masanya telah tiba, INDUSTRI FILEM MALAYSIA PERLU BANGKIT.
"Pada yang memberi komen positif untuk filem saya, syukur & terima kasih saya amat terharu & hargai anda!
"Pada yang katakan filem saya kalini sampah/lemah, juga saya terima dengan berlapang dada, kerana "there's no such thing as perfect film".
"Insya-Allah saya akan terus fokus & sedaya upaya bawa industri filem Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik walau terlalu banyak kelemahan dlm industri filem Malaysia.
"'Kelemahan' inilah yang telah membunuh industri & pengkarya filem! FINAS, orang filem & kerajaan ayuhlah BANGKIT baiki kelemahan industri filem. Ayuh ikhlas dalam perjuangan ini," tambahnya.
Viral
"Sujud Syukur!" - Mat Kilau Kaut RM80 Juta 25 Hari Tayangan