Berita Tempatan Suka Sucre Milik Fazley Yaakob Ditutup Syafiqah Jalal 11/07/2020 | 10:57 MYT Hari ini merupakan hari terakhir restoran saya beroperasi di Taman Pertama, Cheras. Kami akan berpindah ke tempat baharu tidak lama lagi. Tapi buat masa ini kami akan tutup buat sementara, sambil menunggu kerja-kerja renovasi di tempat baharu. Apabila saya menjadi juara untuk pertandingan memasak di televisyen pada tahun 2012, saya tidak sangka bahawa perjalanan hidup saya, yang selama ini sebagai seorang artis dan usahawan, akan juga bertambah ceritanya sebagai seorang chef. Dengan restu dan izin arwah Bapak dan ibu tersayang pada masa itu, kami mulakan @sukasucrebistro. 7 tahun kemudian, setelah beberapa ratus artikel di media, berpuluh-puluh anugerah kami terima dan juga pengiktirafan kami terima dari dalam dan luar negara, kami kini bersedia untuk berpindah ke tempat baharu. Terima kasih kepada semua yang pernah melanggani restoran kami; Yang datang dari dekat dan juga yang datang dari jauh. Salam sayang kepada semua yang pernah berkhidmat di bawah naungan syarikat ini, baik pun sebagai anggota dapur, management, ataupun helpers/cleaners. Jasa mu sentiasa dikenang. Banyak kenangan kita bersama di sini. Terima kasih kepada mentor-mentor saya @_chefwan58 & @chefjoe82, dan mentor-mentor dari @mylecordonbleu & @lecordonbleuparis atas tunjuk ajar dan panduan selama ini. Minggu depan @minangtapau mula beroperasi semula di Bukit Damansara. #SukaSucreBistro akan dibuka juga tidak lama lagi di lokasi yang belum diumumkan lagi. Terima kasih semua. Salam sayang buat semua. Masih ingat apa menu air tangan saya yang menjadi kegemaran anda? Dessert pun kalau ada? Share ok? A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on Jul 10, 2020 at 5:44am PDT Topik Berkaitan #Fazley Yaakob #Suka Sucre #Tutup #Kedai Must-Watch Video Read more