Pelakon Puteri Sarah Liana meluahkan perasaan di Instagram berhubung dengan tugasnya sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak-anak.
Menerusi hantarannya di Instagram, Puteri Sarah mendedahkan mendisiplinkan dua buah hatinya, Syaikhul dan Sumayyah adalah perlu supaya mereka membesar menjadi anak yang baik.
“Letih… Siapa kata tak letih. Sometimes kita rasa boleh tapi sometimes penat juga nak jaga dua kids yang hyper active.
“Kadang-kadang kena tegur dan marah anak untuk disiplinkan mereka sebab Sarah tak nak nanti bila besar anak-anak jadi tak elok.
“Sumayyah baru lepas cry after kena tegur dengan mama. Abanglah pengubat hati adik, abanglah yang pujuk adik. Bila mama marah bukan mama tak sayang tapi mama nak bentuk peribadi dan akhlak anak-anak dari kecil. I love you both more than I love myself,” katanya.
Viral
Sumayyah Menangis Sebab Kena Tegur, Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak-Anak