Pengarah, Jamal Khan mengakui terpaksa memujuk teraju utamanya, Sharnaaz untuk menjayakan satu babak menari dalam filem Jebat.
Menurut Jamal, babak tersebut memerlukan diri Sharnaaz melakukan ‘Swing Dance’ bersama Nelydia Senrose ketika menjalani penggambaran di Republik Czech.
“Di sebalik tabir masa di Prague. Jenuh pujuk Sharnaaz buat swing dance.
“Mamu ni ampa suruh dia bersilat anytime (bila-bila masa), tapi suruh menari..hanam..(jahanam),” katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut, Jamal berkongsi rakaman video memaparkan gelagat Sharnaaz yang kelihatan ‘kayu’ ketika cuba mendapatkan rentak untuk menari.
Berita Tempatan
"Suruh Bersilat Anytime, Tapi Suruh Menari..." - Pengarah Jebat Kongsi Gelagat Sharnaaz Berjoget 'Kayu’ di Prague