Skip to main content

Berita Tempatan

Suspek Kes Pembunuhan 3 Sekeluarga Ditahan Akan Direman Pagi Ini

astro-gempak_kes-pembunuhan_3-sekeluarga_rentung.jpg

Selepas hampir seminggu diburu, suspek kes bunuh dan bakar rumah yang meragut nyawa tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor, Jumaat lalu, berjaya ditahan polis.

Suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar, pagi ini, untuk permohonan reman. 

Lelaki yang masih bujang itu antara individu yang dikehendaki polis susulan kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi, mangsa yang terkorban ialah warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82: isterinya, Ara Abd Hamid, 76: dan cucu mereka, Noradriana Nor Hasyim, 11.

Noradriana selamat dikebumikan pada Sabtu lalu, manakala jenazah datuk dan neneknya masih di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah bagi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas kedua-dua rentung hampir 100 peratus.



Siasatan polis pada awalnya sebagai kes mati mengejut, namun kemudiannya diklasifikasikan kes bunuh.
Ia susulan laporan bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit yang didapati ada unsur jenayah.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302, Seksyen 436 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.


Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung penangkapan suspek dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement