Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Jefri berkongsi sebuah video promosi jenama fesyen mewah.
Video berdurasi 1 minit itu memaparkan Jefri sedang melakonkan watak sebagai teman lelaki kepada seorang wanita.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah selebriti media sosial, Ameera Khan muncul sebagai teman wanita Jefri dalam video penuh romantik itu.
Antara adegan-adegan yang mencuri tumpuan warganet adalah saat Jefri dan Ameera saling berpegangan dan berpaut tangan.
Biarpun perkongsian tersebut adalah bertujuan promosi, ternyata keakraban dan kemesraan Jefri dan Ameera dapat menambat hati netizen.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian manis itu.
Rata-ratanya meluahkan rasa teruja dengan penampilan kedua-dua sosok popular itu malah ada yang menganggap Jefri dan Ameera sangat serasi bersama.
“Ni duo comel sungguh, saya geram sikit,” tulis netizen.
“Dapat ku bayangkan anak-anaknya Jefri itu cantik dan ganteng, mukanya mirip dikit,” komen netizen teruja.
“Omg the hand placement,” komen seorang netizen.
“Sweetest collaboration,” tulis netizen lagi.
Terdahulu, nama Jefri dan Ameera sering menjadi bualan warganet selepas mereka keluar bersama ketika Ameera berkunjung ke Jakarta baru-baru ini.