Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syafie atau nama sebenarnya Muhammad Syafie Naswip berkongsi foto yang memaparkan imbasan ultrasound kandungan isterinya.
Reda dengan takdir tersebut, Syafie turut menyifatkan kehadiran cahaya mata yang sudah diberi nama itu merupakan momen terindah buatnya dan isteri.
Dalam pada itu, Syafie berkongsi momen perkahwinan mereka yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama.
Untuk rekod, Syafie sah bergelar suami kepada pilihan hati, Nur Afiqah pada 23 Disember 2023.