Skip to main content

Budaya Popular

Syafiq Yusof Bereksperimentasi Dengan Telekinesis - "Genre Ini Fresh, Tak Salah Saya Nak Warnai Industri"

astro-gempak_syafiq-yusof-telekinesis.png

Syafiq turut berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) atas sokongan dan dana yang membolehkannya bereksperimentasi dengan karya ini.

Sementara itu, bagi Syafiq, pengiktirafan atau anugerah bukanlah matlamat utamanya, tetapi penerimaan penonton terhadap karyanya yang lebih penting.

"Itu (anugerah) bukan matlamat utama saya, bagi saya sekiranya filem itu diterima ramai dan menerima sambutan baik lagi bagus.

“Kalau filem tak laku dapat banyak anugerah ia tidak mengembangkan ekonomi. Anugerah itu untuk satu orang sahaja.

“Sebagai pengarah saya rasa perlu fikir juga tentang ekonomi industri filem, Bukan diri kita sahaja tetapi untuk semua orang di belakang tabir yang berusaha untuk menghasilkan filem kita.

“Jadi saya harap karya ini dapat diterima ramai," tambahnya.

Filem Telekinesis akan ditayangkan secara eksklusif di Astro First mulai 10 Oktober 2024 dan dibintangi oleh pelakon seperti Yusuf Bahrin, Beto Kusyairi, dan Aman Graseka. Sewa sekarang di Astro First saluran 480, On Demand Store atau di Sooka. 

Must-Watch Video

Advertisement