Penyanyi Syahrini sedang berbahagia memegang status ibu selepas selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan Reino Barrack.
Tambah manis apabila buah hati pertama yang masih dirahsiakan wajahnya itu berkongsi tarikh lahir dengan Syahrini iaitu 1 Ogos.
Syahrini mengumumkan sudah melahirkan bayi yang dijangka perempuan berdasarkan warna merah jambu pada foto yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya.
"Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami. Penantian yang berhujung indah. Pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izin Mu.
“Terima kasih untuk suami ku yang luar biasa memanjakan dan sentiasa sedia mendampingi. Welcome to fatherhood imam terbaik,” tulis Syahrini.
Penyanyi dan pengusaha kaya itu bernikah di Jepun pada Februari 2019.